Saturday 6 August 2016

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera :)


Bangun pagi gosok gigi dan siapkan diri. Usai sahaja mandi isi perut yang kosong lah pula kan. Kalau datang Terengganu kalau tak pekena Nasi Dagang tak tahu lah nak kata macam mana. Kalau mencari nasi dagang Hotel Seem Noor mengesyorkan Mak Ngah Nasi Dagang sebab kedai tersebut dekat sahaja dengan hotel kami. Soal sedap tak sedap kami tak berani nak komen, korang makan dulu dan nilai sendiri kalau kami bagitahu, korang tak percaya pula nanti…..hehehe


 
sumber: makansutra.com





Badan dah macam ular kekenyangan. Sedap juga tidur tapi rugilah kalau datang  Kuala Terengganu tidur jer…Baik balik rumah. Tidur puas-puas, jimat duit. Kan?  Perut kenyang-kenyang sngat tak boleh  nak terus tidur. Tak elok untuk sistem pencernaan badan. Makanya, jom kita bersenam di pagi hari di Pantai Pandak. Sambil bersenam tu boleh lah nak ambil gambar sebagai kenang-kenangan.



 Sumber: www.flickr.com

Selesai bersenam, balik Hotel lah dulu. Mandi lagi sekali. Mandi air panas pun syok. Kalau dulu, mak selalu sediakan air panas untuk mandi tapi sekarang dunia dah maju. Ada mesin pemanas air dalam kamar mandi. Maka, tak perlu dah nak rebus pakai kendi atas dapur kayu atau gas. Tapi susah nak cari hotel bajet yang sediakan alat pemanas air. Tapi jangan risau Hotel Seem Noor menyediakan alat tersebut.

Lepas mandi dan rehat-rehat kejap. Jalan-jalan di Taman Awam Lagun,  Masjid Terapung and Terengganu Equestrian Resort(TER) pun syok juga. Sambil-sambil ambil gambar boleh juga buat aktiviti-aktiviti yang menarik seperti main layang-layang, memancing, berkelah, barbeku(BBQ) dan sebagainya.

Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali dengan nama Masjid Terapung. Kalau datang Kuala Terengganu, singgah2 lah masjid ini, senibina yang cantik. Masjid ini dikelilingi oleh air. Sebab itu orang tempatan memanggil masjid ini dengan nama Masjid Terapung sbb ia seolah-olah nampak terapung. Tapi, singgah-singgah juga jangan ambil gambar jer, sekurang-kurangnya dirikan solat 2 rakaat tanda rasa hormat pada masjid.




Kalau nak buat aktiviti indoor boleh singgah TER. Pelbagai permainan dan sukan boleh dilakukan seperti berenang di kolam renang, bermain badminton, squasy, ping pong, bowling dan sebagainya.
Kalau ada nak membeli barang kelengkapan diri, kawasan berdekatan ada pasaraya. Antara yang terdekat ialah Mydin Kuala Ibai. Dan banyak lagi tempat yang boleh disinggah seperti Pasar Bandar Marang.






Penat berjalan perut pun dah lapar balik. So singgah lah makan. Pilih sahaja kedai mana atau restoran mana. Berlambak kedai makan kat tepi jalan. Tinggal pilih jer nak singgah yang mana. Bila perut dah kenyang hati pun senang walaupun keletihan. Balik hotel jangan terus tidur, muat naik lah gambar dulu, alang-alang dah Wifi yang Hotel Seem Noor sediakan percuma. Manfaatkan lah…hehehe

Sebelum berangkat pulang singgah lah ke kedai Keropok Lekor, tapau buat balik ke kampung halaman :)



~Jom check-in di Hotel Seem Noor 

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI KAMI MELALUI/ ANY INQUIRIESCONTACT US VIA: 

TEL/FAX: 09-6173190 

WHATSAPP: 019 9370190 

FACEBOOK PAGE: HOTEL SEEM NOOR

TWITTER: @SEEMNOOR

ALAMAT: LOT 3244, TINGKAT 1, KG SIMPANG EMPAT, CHENDERING, 21080 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.

No comments:

Post a Comment