Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera :)
Bangun pagi gosok gigi dan siapkan diri. Usai sahaja mandi
isi perut yang kosong lah pula kan. Kalau datang Terengganu kalau tak pekena Nasi
Dagang tak tahu lah nak kata macam mana. Kalau mencari nasi dagang Hotel Seem Noor mengesyorkan Mak Ngah Nasi Dagang sebab kedai tersebut dekat sahaja dengan
hotel kami. Soal sedap tak sedap kami tak berani nak komen, korang makan dulu dan
nilai sendiri kalau kami bagitahu, korang tak percaya pula nanti…..hehehe
sumber: makansutra.com
Badan dah macam ular kekenyangan. Sedap juga tidur tapi rugilah kalau datang Kuala Terengganu tidur
jer…Baik balik rumah. Tidur puas-puas, jimat duit. Kan? Perut kenyang-kenyang sngat tak boleh nak terus tidur. Tak elok untuk sistem pencernaan
badan. Makanya, jom kita bersenam di pagi hari di Pantai Pandak. Sambil
bersenam tu boleh lah nak ambil gambar sebagai kenang-kenangan.
Sumber: www.flickr.com
Selesai bersenam, balik Hotel lah dulu. Mandi lagi sekali. Mandi
air panas pun syok. Kalau dulu, mak selalu sediakan air panas untuk mandi tapi
sekarang dunia dah maju. Ada mesin pemanas air dalam kamar mandi. Maka, tak
perlu dah nak rebus pakai kendi atas dapur kayu atau gas. Tapi susah nak cari hotel bajet yang sediakan alat pemanas air. Tapi jangan risau Hotel Seem Noor menyediakan
alat tersebut.
Lepas mandi dan rehat-rehat kejap. Jalan-jalan di Taman Awam
Lagun, Masjid Terapung and Terengganu Equestrian
Resort(TER) pun syok juga. Sambil-sambil ambil gambar boleh juga buat
aktiviti-aktiviti yang menarik seperti main layang-layang, memancing, berkelah,
barbeku(BBQ) dan sebagainya.
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali dengan nama
Masjid Terapung. Kalau datang Kuala Terengganu, singgah2 lah masjid ini,
senibina yang cantik. Masjid ini dikelilingi oleh air. Sebab itu orang tempatan
memanggil masjid ini dengan nama Masjid Terapung sbb ia seolah-olah nampak terapung.
Tapi, singgah-singgah juga jangan ambil gambar jer, sekurang-kurangnya dirikan
solat 2 rakaat tanda rasa hormat pada masjid.
Kalau nak buat aktiviti indoor boleh singgah TER. Pelbagai permainan
dan sukan boleh dilakukan seperti berenang di kolam renang, bermain badminton,
squasy, ping pong, bowling dan sebagainya.
Kalau ada nak membeli barang kelengkapan diri, kawasan
berdekatan ada pasaraya. Antara yang terdekat ialah Mydin Kuala Ibai. Dan banyak
lagi tempat yang boleh disinggah seperti Pasar Bandar Marang.
Penat berjalan perut pun dah lapar balik. So singgah lah
makan. Pilih sahaja kedai mana atau restoran mana. Berlambak kedai makan kat
tepi jalan. Tinggal pilih jer nak singgah yang mana. Bila perut dah kenyang
hati pun senang walaupun keletihan. Balik hotel jangan terus tidur, muat naik
lah gambar dulu, alang-alang dah Wifi yang Hotel Seem Noor sediakan percuma.
Manfaatkan lah…hehehe
Sebelum berangkat pulang singgah lah ke kedai Keropok Lekor, tapau buat balik ke kampung halaman :)
~Jom check-in di Hotel Seem Noor
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI KAMI MELALUI/ ANY INQUIRIESCONTACT US VIA:
TEL/FAX: 09-6173190
WHATSAPP: 019 9370190
FACEBOOK PAGE: HOTEL SEEM NOOR
TWITTER: @SEEMNOOR
ALAMAT: LOT 3244, TINGKAT 1, KG SIMPANG EMPAT, CHENDERING, 21080 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU.